ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang...

Showing posts with label Haiwan peliharaan. Show all posts
Showing posts with label Haiwan peliharaan. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Memperkenalkan

          Hari ini rajin nak update blog bila tengok respond kawan-kawan dengan wordless aku minggu lepas, untuk permulaan ini, nak kenalkan la dengan geng-geng semua dengan anak bulus aku yang pertama aku bela kat rumah apartment ni. Nama diberi Nik, selalu panggil Pok Nik. Di 'adopt' dari rumah Papameow. Memang sangat cerdik dan senang dijaga. Alhamdulilla juga sebab isteri dapat terima  si comel ini dan sama-sama jaga. Yang bestnya dengan Nik nih, die tahu kita panggil nama dia, jarang dapat kucing macam nih, tapi ade masa-masa la, kalau time dia malas atau sibuk main jangan panggil la, memang dia buat dek jer.

"Hye, nama saya Nik Cat Farish"

Mana Nik nih? 

Bestnya dia tido..


Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday 2





Thursday, July 21, 2011

Owen Bebas

Hari ini aku nak update tentang Owen, dia telah dilepaskan bebas dan tidak lagi dikurung di dalam sangkar kerana kami dah tak sanggup melihat dia dikurung berbulan-bulan. Hari pertama dia dilepaskan adalah hari ahad lepas. Alhamdulillah dia baik-baik sahaja dengan kucing-kucing lain, cuma dengan manusia jer dia takut. Mujurnya dia tidak berjalan jauh, hanya sekitar rumah dan akan tetap balik makan di tempat dia biasa makan sebelum ini. Moga-moga luka dia akan lebih cepat sembuh bila hidup bebas dan kurang stress.

Owen (kanan) sdg mengurat Jasina.

Papa cakap tak berani nak sunat Owen nih sebab dia punya luka susah baik, jadi biarkan dulu. ape pendapat kawan-kawan? Sekarang tinggal dia ajelah yang "jantan" kat sini. Cuma risau dia akan bergaduh bila time cari pasangan dengan kucing-kucing jiran dan akan menyebabkan luka yang baru pulak.

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday 2.7

Sushi Boy






Monday, July 18, 2011

Bebek Hilang

Hari Sabtu lepas, aku lepaskan Bebek waktu pagi, tapi aku tak tambat sebab tak tahu pulak yang papa biasa tambat dia sekarang nih dan biarkan Bibik lepas bebas. Petangnya pukul 7 lebih macam tuh, papa call aku , time tuh aku kat luar, papa tanya kat mana tambat Bebek, aku cakap mane ade tambat, lepas jerlah macam biasa. Aku pun bergegas balik, sampai rumah dah dekat jam 9. Kami pon cari lah tapi langsung tak dapat nak dikesan, Bebek tuh dah la hitam manis. Biasa dia akan mengenbek kalau papa panggil dia, tapi malam tuh langsung tak dengar suara, so kami pon tunggu esok jerlah mintak-mintak dia panjang umur.

Esoknya aku naik bukit, kot2 la Bebek sesat ke atas ker kan? Tapi hampa. Petangnya, sedang aku duduk termenung depan pagar menunggu kalau-kalau ade tetamu nak datang bawa roti butterscotch, ada lah jiran bawah tuh datang tanya, "Ada hilang kambing?" dengan yakin aku cakap "Ya". Rupa-rupanya dia pergi mengorat awek kat kandang Pak Ali. Padahal malam tadi aku dah cari kat kandang tu, tak de plak dia berbunyi, nampak tuh memang tak la sebab dia all black. Aku pon pergi lah nak ambil dia balik.

"Dah teringin nak kena jual agaknya"

"Bebek tak nak balik"

Dia lari masuk dalam kandang balik.

Ooooo.. nak kawen rupanya.

Kesian Bebek, Bibik tak tunaikan tanggungjawab dia sebagai isteri. Bila dah bawa balik, papa belanja Bebek makan pengat durian. Suka dia.


MORAL:
Jangan abaikan tanggungjawab anda.

Thursday, July 14, 2011

Musim Durian Kembali

Sekarang kat rumah papa dah start musim durian, mungkin sebab tuh dia kurang masa untuk update blog, buah baru start luruh dan tak berapa banyak, so kena lah alert sebab takut dapat kat ba alif ba ya dulu. Malam tadi aku berpeluang melantak durian sebelum tido (baik punya diet) dan teman aku makan bersama adalah anak arwah Mak Hawa, namanya Epi. Dia punya sukakan durian amat jelas terpancar dan tiada selindung langsung. Sebelum makan dengan aku tuh, dia dah teman papa makan seround, sampai tahap berebut dengan dia.


"I choose Durian rather than Blackwo0d"


Yang tak tahan nya dia pandai memilih durian mana yang dia rasa sedap, kalau yang jenis pahit-pahit dan gas terlebih tu dia xberapa berkenan, tapi kalau yang isi lembik lemak-lemak, habis dia jilat.


"Wahh.. isi durian nih macam kucing tidur la.."


MOTIF: 
Jangan memilih makanan, bersyukur dengan apa yang ada.




Wednesday, April 27, 2011

Prebet JoJo

Selamat Malam..

Boring-boring sambil buat kerja sorang kat lab, baik aku update sikit blog aku nih. Demi follower2 ku sekelian, rasa bersalah la pulak bila follower makin ramai tapi tak update. Hari ini memang serius penat sebab sampai jam 11 malam nih aku masih duduk dalam lab, gara-gara aku pergi mengular tangah hari tadi.

Malam ini hanya nak share cerita pagi tadi sebelum pergi kerja, macam aku akan upah mamat jaga parking yang jaga kereta aku dengan blackwood, sikit pon jadi lah sebab treat dah habis. Bobby tuh tak bagi makan pon tidak mengapa asalkan aku usap dia sikit, dah cukup puas hati. Jojo kena bagi jgk makanan, selagi tak bagi, selagi itu lah dia duk melilit di kaki. Malam ni mesti Bobby duk tunggu aku balik bawak sinaran lampu jalan tuh. Maaf la Bobby sebab Abang (feel mcm cikgu GT Han's) kena kerja lah malam ini. Esok kita jumpa yer...

Pagi tadi sempat snap gambar....
Tentera Empat kaki sedang Berletih..
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
Dengan diketuai oleh Prebet JoJo


Monday, April 25, 2011

Pergi Tak Kembali

Adik dalam kenangan...
       Pagi tadi bangun sahur jam 4.50 pagi, tengok adik (mata buta) bernafas laju tapi dan baring terkulai layu, tengok cage sebelah, Jojo ajak main.. keluar kan dia dari cage.. dia dah jalan terhuyunh hayang.. pagi nih tgh siap2 nak pergi kerja, papa ckp adik dah pergi... terduduk aku sebentar... tatap wajah adik buat kali teakhir sbb tahu papa mesti tanam secepat mungkin.. Moga adik puas hati dgn layanan yang kami berikan, dan harap Jojo tabah dan cekal melawan penyakit..

Pada kalian yang mungkin terlupa siapa adik:
>>Adik oh Adik





Thursday, March 17, 2011

Awan Dania

Demi Blogger Great Teacher Han's (GT Han's) saya cuba rajinkan diri membuat liputan tentang Awan yang saya culik dua hari lalu. Tujuan ambil awan adalah untuk dijadikan teman untuk Epi bermain sebab Epi hampir terlepas zaman kanak-kanaknya kerana tiada teman sebaya untuk bermain. Asyik main (kena belasah) dengan abang-abang yang sudah besar, tapi bila jumpa Awan kemain naik sheikh lagi dia sebab Awan lebih kecik daripada dia.. Awan tak kesah..

First time k0t Awan makan atas daun pisang...

Bobo tlg c0ver Awan ea, kalau tak habis nnti Bobo habiskan..

Lepas perut kenyang barulah best bermain dengan Abang Epi..

Sila cari dimana Awan?

Tuesday, March 15, 2011

Geng ALAT ke Melaka

Ahad lepas kami ke Melaka. Pasal cerita aktiviti di sana rasanya dah sangat lambat untuk diceritakan di sini sebab geng-geng ALAT macam Bella, Papame0w dan Anisquidward yang join semua dah cerita siap ade yang buat sequel lagi.

Buat masa ini aku memng kagum dengan Melaka dalam hal-hal haiwan terbiar terutamanya kucing sebab banyak inisiatif yang dilakukan mendahului negeri-negeri lain. Contohnya seperti yang dilaporkan di dalam Malaysiakini hari ini tentang Melaka perkenal kaedah baru bagi menangkap kucing terbiar dan kucing yang ditangkap akan dijaga di Bukit Jelutong (Tedi, di Melaka p0n ada Bukit Jelutong kerr)

Mungkin idea ini kedengaran agak clise dan ala-ala ayat format karang SPM namun kita patut menyokong usaha ini kerana insyaAllah pihak kerajaan negeri Melaka Maju 2010 akan lebih memberi perhatian apabila mengetahui terdapat golongan pencinta haiwan yang sanggup menyumbang sedikit masa, harta dan tenaga.

Cuma yang melemahkan pihak berkuasa yang menjaga pusat jagaan adalah apabila adanya segelintir ummat manusia yang mengambil kesempatan menjadikan pusat kurungan sebagai tempat melupuskan haiwan peliharaan mereka sendiri yang pernah mereka sayang suatu ketika dahulu. Kebiasaannya mereka melupuskan haiwan peliharaan mereka setelah ia tidak secantik dahulu, sedangkan punca utamanya adalah kurangnya ilmu kamu sebagai tuan dalam hal-hal memelihara haiwan. Internet kan ada? susah sangatkah nak mencari informasi?

Thursday, March 10, 2011

BlackWood Habis

Semalam kami kehabisan bekalan Blackwo0d, bila hubungi pembekal tegar kami, semua cakap xde stock, so tanyalah pada insan-insan yang berhati mulia kalau-kalau mereka ada simpanan yang lebih. Nak dijadikan cerita, Cik Yati sudi share simpanan dia untuk kami sebab buat masa ini memang seluruh KL terputus bekalan Blackwo0d. 

Rasa sangat lega bila dia sudi share simpanan yg dia ada dengan syarat kami harus pergi mengambilnya sendiri di rumahnya. Ok jugak bagi kami, dapat jalan-jalan rumah rakan-rakan dan melihat macam mana mereka uruskan anak-anak bulu masing-masing. 

Di rumahnya kami berjumpa dengan Su, juga pencinta haiwan yang tegar. Rumahnya sangat simple dan kemas. Walaupun memiliki ramai anak bulus, tetapi rumahnya terurus dengan amat baik. Syabas Yati, so no wonderlah anak-anak die ada yang berumur 14 tahun. Anak-anak Yati kebanyakannya alim-alim kucing. 

Aku snap gambar Ah Meng jer sebab time kami nak balik, tinggal dia jer yang masih setia melayan tetamu, yang lain dah masuk tidur.
Ah Meng yg sangat sihat..


Wednesday, February 23, 2011

Budak Gemoks

Baru-baru ini, aku ada beli satu supplement untuk budak-budak di rumah iaitu Brewers Yeast. Aku beli sebab nampak macam sangat bagus dan sesuai jer untuk budak-budak mengikut apa yang diceritakan oleh rakan blogger iaitu Cik Rosislinda.
Sangat exited terus beli yang 1000 biji. Hakikatnya tak semua suka dan yang paling menggemarinya adalah Dayang, Kiwi dan Wewek.

Akhir sekali tengoklah aksi Kiwi dengan Uteh, dah macam milo susu pulak kan?
Ini orang panggil penyakit kakiku di pipimu..

Monday, February 7, 2011

Sarapan Bersama.

Setiap pagi sebelum pergi kerja, aku akan bersarapan dengan Boby a.k.a Popy. Sebagai upah dia jaga kereta aku dari mereka yang diragui, sebab aku selalu terlupa kunci kereta.

Tengoklah betapa setianya dia menjaga kereta aku, padahal aku bukan selalu pon bagi dia makan.

Boby sebenarnya agak garang jgk tapi bila nampak aku die terus jadi lemah gemalai..

Kemudian datang lah budak Bulat nih join 4kaki..

Kemudian Bulat bawak adik Smart pulak, dia pon dah pandai sit bila nk mkn, tiru Bulat punya pasal, dia akan buat semua benda yang Bulat buat..

Kemudian diva pencen nih pulak datang nak join, dia ni ikut mo0d..

Yang terbaru mamat gelabah nih, nama dia J0e, adik tiri Boby..

Teka siapa yang tiada? Aman lah, die biasa bangun lewat, atau tak berani keluar selagi kita tak buka kan pagar.. Aman pulak jenis kurang sarapan, sbb tu lah dia cekeding..


Thursday, January 13, 2011

Klinik Kembiri

Hari ini aku dapat call dari PMC, nurse tuh cakap yang blood test aku adalah negative. Adoii, macam mana nih? aku baru nak pr0ud to get that disease. Nak tahu ape yang aku test? hahahaaa.. aku buat antibody test for Toxoplasma gondii. Petang ini lepas waktu kerja aku nak kena pergi jumpa doctor discuss lagi ape yang patut aku buat. Doctor dah suruh aku start ON antibiotik tapi aku tak nak selagi belum tahu apa punca sebenar.

Semalam aku ambil cuti hanya untuk tolong Papameow bawa Aman dengan Bulat pergi sunat. Agak mencabar juga la bawa mereka berdua serentak, sangat berbeza dengan pengalaman bawa kucing, sebab kalau anjing tuan empunya kena tunggu sampai dorang pengsan. Rasa sangat lega bila dah sampai rumah (st0p disini)

Ini aku baru sambung menulis 14/2/2011, skrg Bulat dah pergi, kami memang sama sekali tidak menjangka yang dia akan pergi secepat ini, sebab itu kami tak kisah belanjakan duit untuk kembiri dan vaksin dia. Sekarang Smart menggunakan sepenuhnya ilmu yang di pelajari dari Bulat untuk mengawal kebun walaupun dia masih puppy dan belum fasih menyalak. Smart nak tinggal terus di rumah Papameow pon boleh kan?

Ini gambar kucing-kucing terbiar yang ditangkap oleh penguatkuasa DBKL, kesian tengok mereka semua dikurung di tempat yang sempit dan tidak diurus dengan cara yang betul. Bagi mereka yang berkenan nak ambil mereka perlu membayar sejumlah wang pada DBKL dan jikalau anda adalah tuan mereka ini, maka anda akan dikenakan kompaun. Hal ini tiada kena mengena sama sekali dengan SPCA, jgn salah faham..

Nampak tak abang oren nih tengah selsema, kesian dicampur berhimpit-himpit dengan yang lain, kadang-kadang ada bunyi macam nak gaduh..

Ini dua budak baik, langsung tak buat masalah.