ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang...

Showing posts with label Inilah cara ku... Show all posts
Showing posts with label Inilah cara ku... Show all posts

Friday, July 15, 2011

To My Follower

Dipagi Jumaat dan di bulan Syaaban yang mulia ini, aku nak mintak maaf la kepada semua rakan-rakan follower sebab dah lama tak update. Dengan ini di umumkan bahawa target aku GAGAL. 

"Anda masih follow saya?"

Cikgu GT Han's dan Papame0w adalah adalah idola saya.

"Eh, dorang bleh dating plak kat situ"


MORAL:
Jangan putus asa, CUBA lagi. 



Thursday, July 14, 2011

Jom Tempah Baju Raya

Sejak akhir-akhir ini, papa rajin menjahit, mentang-mentang baru beli mesin jahit baru. Aku dengan relanya menjadi model untuk memperagakan hasil jahitannya. Sebenarnya mesin dibeli untuk repair-repair seluar, jahit cadar, sarung bantal dan langsir jer. Tetapi papa dengan beraninya cuba menjahit baju Melayu dengan berbekalkan ilmu yang sangat cetek di dada hasil cedokan dari internet.

Hasil cubaan pertama.


Hasil cubaan kedua.

Anda-anda semua komen la dengan ikhlas, kalau nak tempah, jangan segan-segan untuk hubungi papa kerana pintu sentiasa terbuka untuk menerima tempahan (acah jer). Bagi aku, cubaan papa berjaya bagi orang yang first time menjahit tanpa mengambil apa-apa kelas.


"Jangan la puji lebih-lebih, papa malulah.."

MOTIF:
Jangan takut untuk mencuba.



Wednesday, February 23, 2011

Selamat Hari Ulang Tahun.

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran aku yang ke suku abad. Biasa-biasa ajer, tiada lah yang istimewa sangat pon. Harap-harap ini adalah hari ulang tahun aku yang terakhir dengan status 'single but not availabale'.

Terima Kasih buat kalian yang sudi doakan kesejahteraan diri aku ini, moga-moga segala yang terbaik juga adalah milik antum semua, dan ingat lah sedikit kesusahan yang dihadapi itu hanyalah ujian dari Dia. Dengan doa kalian jugalah kita masih waras untuk mensyukuri nikmat, itu lah salah satu faedah facebook.

Hadiah? adalah juga dapat hadiah makanan dari geng-geng lab, budak-budak tuh bagi kek dengan kuih ape kenamanya ntah dari Secret Recipe, terima kasih bayak-banyak yer Shoody, Zana dan Umi. Malamnya balik ke intana hinggap aku di Taman Melawati, wahh.. terharunya papa buatkan pizza dan belikan aku kek. Part yang paling best adalah kerana aku dapat withdraw duit cash RMXXX.00 untuk budak-budak. Mesti korang dah tahu duit apa kan? kalau tak tahu, sila ke sini.

Sempat lagi snap gambar, Happy Birthday To Me (feeling ala-ala Usop dalam HKLBR)

Terima kasih lah pada semua tetamu yang sudi memeriah kan majlis..

Monday, February 7, 2011

Sarapan Bersama.

Setiap pagi sebelum pergi kerja, aku akan bersarapan dengan Boby a.k.a Popy. Sebagai upah dia jaga kereta aku dari mereka yang diragui, sebab aku selalu terlupa kunci kereta.

Tengoklah betapa setianya dia menjaga kereta aku, padahal aku bukan selalu pon bagi dia makan.

Boby sebenarnya agak garang jgk tapi bila nampak aku die terus jadi lemah gemalai..

Kemudian datang lah budak Bulat nih join 4kaki..

Kemudian Bulat bawak adik Smart pulak, dia pon dah pandai sit bila nk mkn, tiru Bulat punya pasal, dia akan buat semua benda yang Bulat buat..

Kemudian diva pencen nih pulak datang nak join, dia ni ikut mo0d..

Yang terbaru mamat gelabah nih, nama dia J0e, adik tiri Boby..

Teka siapa yang tiada? Aman lah, die biasa bangun lewat, atau tak berani keluar selagi kita tak buka kan pagar.. Aman pulak jenis kurang sarapan, sbb tu lah dia cekeding..


Monday, January 3, 2011

Lembaran Baru

Sempena dengan tahun baru ini, aku nak memohon jutaan kemaafan daripada rakan-rakan semua, tak kiralah member lama ker baru, kenal kat fb ker.. blog ker.. yang penting kalau ade terasa hati dan terkasar bahasa harap maafkan lah diri ini.. Marilah kita buka lembaran baru yg bersih suci dari segala benda-benda negatif.

Inilah azam tahun baru aku, nk hidup selalu senang hati dan lapang dada tanpa masalah tak kira lah masalah kerja atau peribadi. Nak selalu berfikiran positif. Nak rajin update blog. Nak rajin balas SMS. Apa lagi yer? tak kira lah apa sekali pon yang penting hasil dan produk nya adalah positif dimata aku dan org lain..



Aktiviti New Year aku adalah menyusahkan diri ke Bukit Bintang..


Lautan manusia, mmg pening kepala..


Mujur lah petang nya Amin pulang setelah beberapa hari pegi bertapa..


Bulat buat aksi Superman..


J0hn datang melawat adik..


Tuan Tanah tgh buat landskap, Syok ooo lepak taman kami nih, meh la try...


Saturday, November 6, 2010

Aktiviti Sempena Depavali

Macam kurang percaya aku mampu update blog lagi malam nih. Untuk entri kali ni aku hanya nak kongsi aktiviti aku dan rakan-rakan sempena cuti Depavali. Pada hari raya pertama kami pergi terjah Hutan FRIM, ni mmg plan jimat duit sambil sehat kan badan. Rancangan asal nak tawan Broga tetapi batal di saat akhir tambahan pula dgn keadaan cuaca yg tidak menentu. Bagus jugak redah Hutan FRIM ni kebetulan aku pon belum pernah sampai lagi. Tempat nya pon tak jauh, hanya 15 minit perjalanan dari rumah.

FRIM mula dibuka sejak tahun 1929 lagi dan terletak di kawasan seluas 485 hektar persegi di dalam Hutan Simpan Lagong, Kepong.
Aksi sebelum memulakan XPDC berlatar belakangkan rumpun buluh gergasi,
kami start dengan Denai Keruing (1.5 km)

Kemudian melalui Denai Salleh (1.5 km)

Gambar ini diambil ketika kami melalui Trek Rover (3 km),
fenomena ini dikenali sebagai "Crown Shyness".

Sesi terjah kami kurang lengkap kerana hanya mampu melihat jambatan gantung dari bawah dek kerana salah hari menerjah, kepada kawan-kawan yg plan nak pergi, jangan pilih hari Jumaat dan Isnin kerana hari tersebut jambatan gantung di TUTUP untuk maintenance..

Muka tetap ceria walaupon dalam hati hampa tak dapat naik "Canopy Walk", nanti kite tebus balik yer time Raya Cina pulak..

Di sini juga boleh berkelah sambil bermandi manda di Sungai Kroh, airnya bersih tetapi kurang banyak..

Inilah muka-muka KREW Terjah ke Hutan FRIM, mmg sempoi.. Kepada mereka yang tak pergi, anda HARUS jeles dgn kami..

Pada hari raya kedua, aku berhempas pulas pulak dgn mesin rumput di sekitar kebun. Aktiviti yang sgt sehat sebab pikul mesin dah satu hal, nak kena daki bukit pulak satu hal lagi.. pendek kata baju yang dipakai memang lencun lah jawabnya.
Sekali lupa nak tight-in baju daa...

Sila cari di manakah saya? paparazzi manelah yg ambil gambar aku nih, papame0w kot..

Saya sangat suka bakar sampah, sangat nostalgic macam time kecik2 main api kat kampung..

Akhir sekali, untuk raya ketiga aktiviti aku pasti bermula dengan rutin biasa pergi ke pasar di pagi hari. Walaupun dah jadi rutin, aku tetap excited nak bangun pagi untuk ke pasar kerana sangat suka akan fenomena di sana.. Alamak, baru aku perasan.. hari nih sehari suntuk aku tak jumpa Bulat..

Tuesday, November 2, 2010

Mata Masuk Sawang

Tajuk bagi memotivasikan diri sendiri, setelah penat telinga mendengar sindiran daripada rakan-rakan blogger alltimer.. mereka menagih janji aku untuk update blog dua kali seminggu, jangan salah faham, aku janji nk buat 100 posting dalam masa setahun, dua kali seminggu tuh hanya kiraan purata, nanti aku qada la balik.. (ayat tak nak kalah). Berbekalkan semangat yang dikirim oleh Chika melalui Marilyn, maka ter'publish' la entri ini..

Mula2 aku share gambar janda meletoop tgh tido, seksi ya rabbi... beliau keletihan setelah seharian mengorat duda sebelah rumah.

Tidur ala Saloma...(**,)

Tak tau ape masalah dgn Anak singa nih.. xpuas menyusu mase kecik kot..

Ini pulak Baby, sajer aku nak tunjuk sbb kebanyakan yg datang
rumah Papame0w mesti tanya mana satu Baby?

Sejak kebelakangan nih, boleh kata setiap hujung minggu aktiviti kami adalah merempit di Pasar Borong Selayang.. Aku sangat suka feel pergi pasar di pagi hari, motif utama adalah mencari supplier ikan tongkol yang paling murah untuk santapan kanak2 rebina di rumah sambil cari brg dapur, rekod yg pernah kami jumpa adalah RM4.50 sekilo untuk ikan tongkol.. Kata papa, kucing lebih nampak gemok dan sehat kalau kita bagi makan nasi plus dapat save makanan kering..

Bukan sahaja harganya murah, hasil tangkapannya juga segar-segar..

Banyak pilihan terhidang disamping dapat mengenal dan melihat
species ikan yg susah nk jumpa

Dapat juga beramah mesra dengan pelencung asing..

Kerang nih kalau bakar pon s0dap.. Aman mesti suke..

Biasa pada waktu tengah hari sekembalinya dari pasar, aku kena start kerja.. tak kan nak duduk melenggak jer kat rumah orang.. skop kerja aku adalah menguruskan budak-budak agar mereka lebih senonoh dan yang paling best dapat kerja berkebun..

Sebagai paksarelawan, aku kena mandikan bulat.. ade sape2 nak tolong?

Petang2 beriadah bersama bulat, aman dan kak peace.. biasanya kami akan rounder sekitar kaki bukit tabur nih, yg paling excited dah tentu lah bulat..

Tengoklah betapa excited nya die ajak pg jalan sampai menyala mata..

Tempat yang biasa kami berempat lepak petang2 sambil usha orang berj0gging...

Sekian sahaja sesi membuang sawang untuk malam ini.. sehingga kita bersua lagi dilain waktu.. setakat ini masih belum mampu untuk membuat entri yg lebih ilmiah untuk dikongsi bersama, doakan moga diri ini diberi ilham yang lebih bernas dan bermanfaat untuk dikongsi bersama.. masih yang nak kena belajar..

Wednesday, August 18, 2010

Hilang Kawan, Dapat Sahabat..

Salam ramadhan yang ke 8, sedar tak sedar dah smggu kita berpuasa.. Ntah kenapa hari ni rajin pulak nk try post sesuatu tapi tak ada idea la pulak, tgh free sgt nih sambil tggu waktu nk punch 0ut.

Macam ni lah, biar aku cerita, dua tiga bulan ni aku ade hilang kawan gara2 aku bergambar dgn satu makhluk nih. Tapi aku rase lama-lama dia akan faham jgk dan bukak sikit otak dia yang sempit tuh, bukan adnan sempit der..

Inilah dia makhluk yang aku maksud kan, cerdik otak nya.. Mampu menghiburkan hati yang runsing, namun kadang2 boleh jgk bikin stress kalau layan dia lebih2.. Nama dia Aman..

Pada masa yang sama aku jgk dapat ramai sahabat-sahabat yang juga mencintai makhluk Allah yang lain terutamanya kucing dan anjing.. Dah dua tiga kali kami buat gathering, dan kami bangga menggelarkan diri kami sebagai animal lover. Mungkin bagi org biasa akan anggap kami gila.



Wednesday, August 11, 2010

Salam Ta'aruf

Kenalkan diriku...


Nama diberi Abu Thalhah bin Abdul Aziz, selesa di panggil dgn nama thalhah. Sebelum ni ade yg panggil aku abu, ta'ah dan at0q. Tapi buat masa ni aku lebih bgga org panggil dgn nama yg ibu dan ayah aku bagi, unik ape name THALHAH tuh.. Setiap kali org tanya name aku, mesti kena ulang at least dua kali baru dorg dpt sebut nama aku dgn betul.. Sbb tu lah sblm ni aku tak kisah org nk panggil aku dgn name ape as long as dorg selesa.. Baru-baru ni aku di jemput utk membaca doa utk satu seminar kat tempat kerja aku, ade ke patut pegerusi majlis tuh jemput aku dgn nama 'abdul fatah'? tp aku tak kesah pon.. layan kan ajer..

Aku dilahirkan di Pahang, tetapi kalau org tanya.. aku selalu mengaku asal kelantan, negeri arwah mak aku.. sbb nya aku agak kurang reti nk speaking penang mcm ayah aku, sikit2 tu b0leh la..

Belajar? tak de la pandai sgt, biasa2 jer.. Kerja? p0n biasa2 jer.. cukup sekadar melepaskan diri dari bergantung dgn org lain dan cukup juga untuk aku berkongsi rezeki yg aku dpat nie dgn mereka yang memerlukan, itu yg buat aku rase puas.

Sebenarnya dah lama aku nk ber'bl0g' nih, dari tahun 2008 lg.. tp disebabkan penyakit suka menangguh, baru hari ni aku berjaya lawan penyakit tuh.. ni p0n sbb dipaksa rela dan tunjuk ajar oleh sifu aku 'papameow'.

Hari ni 8 Ramadhan 1431H bersamaan 18 Ogos 2010, aku berAzam nk buat 100 posting dalam setahun, bermakna aku kena post lebih 8 entri dlm sebulan atau dua entri dlm seminggu. Bunyi mcm senang jer tp dengan penyakit yang aku ada kita tgk berjaya atau tidak yer..

Seandainya aku ada melakukan sebarang kesilapan jua kesalahan samada kecil ataupun besar di dalam posting2 aku nanti, nisbahkan lah ianya terus kepadaku. Oleh kerana ilmu Islam itu berjalan di atas landasan yang adil, maka perbetulkanlah kesilapan yang aku lakukan, tetapi haruslah aku ditegur dengan penuh amanah dan adil iaitu berpaksikan sumber yang tepat. Jangan sekali-kali cuba menegur dengan reaksi emosi gila yang kosong daripada sebarang faedah dan manfaat bersama.

Dengan berkat Ramadhan al-mubarak tahun 1431H ni aku aku melancarkan bl0g ini dgn lafaz Bismillahirahmanirrahim..