Ahad lepas kami ke Melaka. Pasal cerita aktiviti di sana rasanya dah sangat lambat untuk diceritakan di sini sebab geng-geng ALAT macam Bella, Papame0w dan Anisquidward yang join semua dah cerita siap ade yang buat sequel lagi.
Buat masa ini aku memng kagum dengan Melaka dalam hal-hal haiwan terbiar terutamanya kucing sebab banyak inisiatif yang dilakukan mendahului negeri-negeri lain. Contohnya seperti yang dilaporkan di dalam Malaysiakini hari ini tentang Melaka perkenal kaedah baru bagi menangkap kucing terbiar dan kucing yang ditangkap akan dijaga di Bukit Jelutong (Tedi, di Melaka p0n ada Bukit Jelutong kerr)
Mungkin idea ini kedengaran agak clise dan ala-ala ayat format karang SPM namun kita patut menyokong usaha ini kerana insyaAllah pihak kerajaan negeri Melaka Maju 2010 akan lebih memberi perhatian apabila mengetahui terdapat golongan pencinta haiwan yang sanggup menyumbang sedikit masa, harta dan tenaga.
Cuma yang melemahkan pihak berkuasa yang menjaga pusat jagaan adalah apabila adanya segelintir ummat manusia yang mengambil kesempatan menjadikan pusat kurungan sebagai tempat melupuskan haiwan peliharaan mereka sendiri yang pernah mereka sayang suatu ketika dahulu. Kebiasaannya mereka melupuskan haiwan peliharaan mereka setelah ia tidak secantik dahulu, sedangkan punca utamanya adalah kurangnya ilmu kamu sebagai tuan dalam hal-hal memelihara haiwan. Internet kan ada? susah sangatkah nak mencari informasi?









