Selamat Petang...
Ini adalah entri terakhir aku menggunakan label Bulat, melainkan aku tiba-tiba rasa nak mengungkit kenangan bersama dengan Bulat lagi dalam entri akan datang. Satu kenangan yang unik, indah dan banyak pengajaran bersama dengan Bulat.
Pemergian dia memang amat mengejutkan sesiapa sahaja walaupun hanya mengenalinya satu hari. Sebab karakternya yang sangat mesra rakyat dan happy go lucky. Sekarang suasana kat rumah tuh macam kurang meriah pulak, selalu bila aku buka jer pagar, Bulat lah yang mula-mula perasan.
Bulat mula datang dalam bulan 5, tahun lepas kalau tak silap, mulanya aku tak suka jgk tp lepas seminggu aku kenal dia, aku yang mintak papa jaga dia, ikutkan papa nk bagi pada pak Ali rumah bawah tuh. Bulat nih pulak jenis cepat belajar, dan cepat mesra. Dia macam seorang anak yang nakal dan hyperaktif tetapi tak pernah buat masalah besar.
Kelemahan Bulat, dia tak boleh naik kereta, die cepat muntah. Telinga dia pon tak boleh ditarik, mesti meraung manja.. Rindu pulak nk dengar bunyi dia meraung manja tuh sebab buat kat Aman senyap jer, tak de respon.

Renungan mata die pon dah cukup buat aku rindu sampai meremang bulu roma...

" akak sunatkan papa saya dulu lah yer? saya budak lagi.."

Bulat suka berkubang dlm anak sungai kat depan rumah, tapi bau tetap tengit.

Dia tengah sk0deng burung merak sambil bersimpuh..
Dua sahabat baik, sekarang aku selalu tanya Aman mana Bulat? Ntah ape la yang dia rasa.

Ni lah skill die duduk bila dah borink sangat kena tambat.. Org kata anjing yang meniarap macam nih bawak tuah pada tuannya..

Tengoklah manjanya dia dengan kak Mia Emilia SPCA tuh, padahal baru brp minit jumpa..

Bulat buat ape lah sekarang yerk? Ade rezeki kita jumpa lagi yer.. Terima Kasih Ya Allah kerana pinjamkan aku satu makhlukMu yang membuatkan aku bahagia walaupun ia dipandang hina oleh makhluk Mu yang lain..
Pengajaran:
1- Cinta dan sayang boleh di pupuk kerana "tak kenal maka tak cinta."
2- Biarlah rupa tak cantik, yang penting akhlak kita cantik.






































