ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang...

Thursday, January 6, 2011

Saya Sayang Bulat

Hai selamat petang...

Hari nih aku nak cerita pasal seorang budak yang selalu membuat aku gumbira, Bulat nama diberi.. Memang sedap nama diberi, dah cuba tukar nama dulu tapi tak serasi. Jadi hiduplah beliau dengan nama Bulat, kena pulak dengan fizikalnya yang memang kus semangat.

Inilah rupa budak yang melambatkan aku pergi kerja pagi-pagi..




Sekarang ade puppy baru kepunyaan Pak Ali, tapi Bulat tidak keberatan
melayan adik kecil itu bermain

Itulah yang buat aku sayang Bulat, die jenis selambakodok, openminded, bukan macam Aman dan Kak Peace.. Kalau kita marah, bulat mmg tak kan merajuk, tapi kalau Aman, jentik sikit jer dah lari nyorok belakang rumah. Bulat memang tak reti jeles2, Aman sgt kuat cemburu.

Dulu masa mula-mula dia datang sesat kat rumah pon aku tak suka dia, tapi lama-lama suka pulak dengan gelagat dia masa tuh yang sangat pelahap, makan apa sahaja.. Tapi sekarang dah tak kuat makan, mungkin jaga badan kot.. Maklumlah orang dah nak remaja, minggu nih Bulat nak masuk jawi (Khatan).

Bulat ni pulak sangat berani, dari kecik lagi dah pandai menyalak bila nampak benda yang mencurigakan, masa tuh Aman pon kurang pandai lagi, tambah pulak dia lebih berani daripada Aman, nak harap kan Kak Peace.. anak wayang jer lebih.. sebab die sangat berguna ini lah dia terpilih untuk tinggal dengan Papameow.


6 comments:

umi_e said...

Harap Bulat akan dapat berbakti dengan baik ya...

m4rilyn said...

olololo Bulat. dah la menawan,pandai jaga rumah dan penghuni sama.

teruskan khidmat kamu ye

meowwmania said...

suka tgk Bulat melayan Debab hari tu, Bulat baik ekk...

saya pon sayang Bulat hikhik...

Papa meow said...

sy laaaaagi syg

meowwmania said...

anda di tag ;)

http://meowwmania.blogspot.com/2011/01/youre-so-cool-like-snow.html

Chika said...

sy rindu kat bulat....