ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang...

Monday, August 23, 2010

Kisah Miko dengan budak hitam..

Salam Ramadhan ke-13..

Ini entri aku ke-3, kali ni sifusuruh letak gambar banyak2, katanya org suke tgk gambar jer.. bukan nk baca sgt pon. Sape sifu aku? klik sini.. Maaf kalau kualiti gambar amt kurang memuaskan sbb pakai kamera henpon sahaja. Hari sabtu lps aku bawak Miko anaknya Ummi Shakina dgn Si Bulat pg jumpa Vet.

Miko (kanan sekali) bengkak di rahang sebelah kanan, macam kena bengkak beg0k atau ada jugak orang panggil bengkak beruk. Mula perasan dua hari sebelum, tp biarkan dulu kalau-kalau boleh baik sendiri sebab igt nak sapu nila jer macam org dulu2.. tapi kesian pulak tengok dia monyok jer sepanjang hari, jadi bawak la dia sekali kebetulan mmg nk pg klinik bawak Bulat.

Bulat pulak dgn masalah kurap nya yang makin menjadi, dah habis ikhtiar cara tradisional tp makin merebak.. Asalnya atas kepala sikit jer tp dah melarat nak sampai ke mata. Tak pasti la dia berjangkit dari siapa, mujur la Aman OK n Steady.. Rupa-rupanya, budak hitam nih di serang kurap yg disebabkan oleh fungus yang duduk bawah lapisan kulit, maknanya ubat sapu mmg tak berkesan, jadi injek lah jawabnya.. Sampai terkencing Bulat dibuatnya, kat rumah bukan main hero lg.

Ini gambar Dr Vet (gadis melayu gitu) tgh operate Miko, banyak juga nanah yang keluar.. Hampir nk kena tahan ward, tp cuba elakkan sebab tahu padah yang bakal menimpa kalau dia ditahan ward (tak tahan ward pon bil dah melambung), tp mujur boleh claim dgn mak dia.. hehehee..

Sambil tggu Miko keluar bilik bedah, lepak kat luar dan berkenalan dgn Ibu anak sembilan nih, namanya Kuki. Sangat sehat dan kata papaMeow, ibu Bulat mcm tu lah saiz badannya.. Alamaks..

Papa tengah pujuk Bulat sebab dia mintak nak balik, dah boring menunggu..

Miko separuh sedar, terpaksa tanggung sikit risiko.. Mujur dua jam lps tuh dia kembali Ok tp nampak macam sedikit blurr dan konfius..

Terpaksa la cukur sikit bulu dia..

Sampai jer rumah, ramai menunggu untuk bersahur..

Makan berjemaah atas daun pisang, cedap tuh..

Ini gambar terbaru Miko, dah sangat OK dan kembali aktif bermain... Bengkak pon dah makin surut, tapi penyakit gelabah dia tak pernah hilang, hehehee..

Sekian..

8 comments:

umi_e said...

Kesiannya Miko... Envy pernah kena camtu... kecik je daripada pipi Miko tu (ada dalam n3 kat blog kak e) tapi vet kata kena buat surgery... Tahan dalam ward pastu kena jahit... Alhamdulillah sekrang dah OK...

*Bil memang melambung ooooo*

m4rilyn said...

siannya budak berdua tu.

agak la besar penangan kurap kat kepala Bulat jika bandingkan dengan masa pg hiking aritu.
dah ok ke lepas kene jab?

Chika said...

Alaaa... tiannye budak bulat ngan budak miko ni. Dua2 kene cucuk ngan Dr gadis melayu ye.. Ehem2... kamu jgn lebih2 ye bulat. Chika jeles ni...Miko tak pe...hehehe

Thalhah, cian dorang. harap dorang cepat sembuh. try minyak gamat la untuk luka. Take care...

meowwmania said...

agaknya miko tu digigit serangga kot, Kakak Baby pon penah kena camtu tp bengkak tu pecah sendiri

cian bulat kena cucuk hehe..

xperlah harapnya miko dan bulat cepat sembuh yer ;)

Papa Hero said...

sayangnya, Miko dah tak ada....sedih sangat..

tak dapat bayangkan muka si bulat tgh boring...mesti cute

bylindakitchen said...

salam.
thalhah nie kawan papameow ker?
ker thalhah nie papa meow.
hehheh...keliru skett.

aperpon seronok tengok mereka .
terubat rindu kat bolat dan aman serta semua budak-budak comel tue

sunyi sepi said...

sangat suka tengok si bulus semua makan atas daun pisang..mengeratkan silatulrahim...

cik kerm said...

bestnya....semua kucing mkn atas daun pisan...hehe hrp meow tu cpt sembuh!