ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang...

Monday, July 18, 2011

Bebek Hilang

Hari Sabtu lepas, aku lepaskan Bebek waktu pagi, tapi aku tak tambat sebab tak tahu pulak yang papa biasa tambat dia sekarang nih dan biarkan Bibik lepas bebas. Petangnya pukul 7 lebih macam tuh, papa call aku , time tuh aku kat luar, papa tanya kat mana tambat Bebek, aku cakap mane ade tambat, lepas jerlah macam biasa. Aku pun bergegas balik, sampai rumah dah dekat jam 9. Kami pon cari lah tapi langsung tak dapat nak dikesan, Bebek tuh dah la hitam manis. Biasa dia akan mengenbek kalau papa panggil dia, tapi malam tuh langsung tak dengar suara, so kami pon tunggu esok jerlah mintak-mintak dia panjang umur.

Esoknya aku naik bukit, kot2 la Bebek sesat ke atas ker kan? Tapi hampa. Petangnya, sedang aku duduk termenung depan pagar menunggu kalau-kalau ade tetamu nak datang bawa roti butterscotch, ada lah jiran bawah tuh datang tanya, "Ada hilang kambing?" dengan yakin aku cakap "Ya". Rupa-rupanya dia pergi mengorat awek kat kandang Pak Ali. Padahal malam tadi aku dah cari kat kandang tu, tak de plak dia berbunyi, nampak tuh memang tak la sebab dia all black. Aku pon pergi lah nak ambil dia balik.

"Dah teringin nak kena jual agaknya"

"Bebek tak nak balik"

Dia lari masuk dalam kandang balik.

Ooooo.. nak kawen rupanya.

Kesian Bebek, Bibik tak tunaikan tanggungjawab dia sebagai isteri. Bila dah bawa balik, papa belanja Bebek makan pengat durian. Suka dia.


MORAL:
Jangan abaikan tanggungjawab anda.

Friday, July 15, 2011

Ramadhan Mula Menyapa

Sekarang focus untuk persiapan menyambut Ramadhan, agar diri ini tidak terkejut bila berada di bulan Ramadhan, tidak mahu sia-siakan peluang yang diberi kerana siapa tahu kapan tiba ajalnya. Contohnya macam arwah ayah, tidak ku sangka tahun lepas adalah Ramadhan terakhir kami bersama ayah.

"Gambar terakhir kami berdua"
Tiba-tiba rasa rindu pada ayah dan emak pun menyapa, moga-moga aku telah membahagiakan mereka dan aku sama sekali tidak akan putus-putus berdoa untuk mereka kerana itu juga yang aku harapkan daripada zuriatku kelak. Semoga mereka bahagia di sana. Al-Fatihah.

MOTIF:
Jadilah anak yang soleh dan solehah


To My Follower

Dipagi Jumaat dan di bulan Syaaban yang mulia ini, aku nak mintak maaf la kepada semua rakan-rakan follower sebab dah lama tak update. Dengan ini di umumkan bahawa target aku GAGAL. 

"Anda masih follow saya?"

Cikgu GT Han's dan Papame0w adalah adalah idola saya.

"Eh, dorang bleh dating plak kat situ"


MORAL:
Jangan putus asa, CUBA lagi. 



Thursday, July 14, 2011

Jom Tempah Baju Raya

Sejak akhir-akhir ini, papa rajin menjahit, mentang-mentang baru beli mesin jahit baru. Aku dengan relanya menjadi model untuk memperagakan hasil jahitannya. Sebenarnya mesin dibeli untuk repair-repair seluar, jahit cadar, sarung bantal dan langsir jer. Tetapi papa dengan beraninya cuba menjahit baju Melayu dengan berbekalkan ilmu yang sangat cetek di dada hasil cedokan dari internet.

Hasil cubaan pertama.


Hasil cubaan kedua.

Anda-anda semua komen la dengan ikhlas, kalau nak tempah, jangan segan-segan untuk hubungi papa kerana pintu sentiasa terbuka untuk menerima tempahan (acah jer). Bagi aku, cubaan papa berjaya bagi orang yang first time menjahit tanpa mengambil apa-apa kelas.


"Jangan la puji lebih-lebih, papa malulah.."

MOTIF:
Jangan takut untuk mencuba.



Musim Durian Kembali

Sekarang kat rumah papa dah start musim durian, mungkin sebab tuh dia kurang masa untuk update blog, buah baru start luruh dan tak berapa banyak, so kena lah alert sebab takut dapat kat ba alif ba ya dulu. Malam tadi aku berpeluang melantak durian sebelum tido (baik punya diet) dan teman aku makan bersama adalah anak arwah Mak Hawa, namanya Epi. Dia punya sukakan durian amat jelas terpancar dan tiada selindung langsung. Sebelum makan dengan aku tuh, dia dah teman papa makan seround, sampai tahap berebut dengan dia.


"I choose Durian rather than Blackwo0d"


Yang tak tahan nya dia pandai memilih durian mana yang dia rasa sedap, kalau yang jenis pahit-pahit dan gas terlebih tu dia xberapa berkenan, tapi kalau yang isi lembik lemak-lemak, habis dia jilat.


"Wahh.. isi durian nih macam kucing tidur la.."


MOTIF: 
Jangan memilih makanan, bersyukur dengan apa yang ada.




Sunday, July 10, 2011

Di tengah malam.

Malam ini aku berada di Kuantan sempena majlis pertunangan anak saudara aku yang sebaya dengan aku. Orang lain tengah sibuk-sibuk buat hantaran dan masak kat dapur, aku duk ngadap internet, tetapi setelah sekian lama aku melayari internet baru aku sedar yang aku ada blog, nak update la sikit.

Siang tadi aku bertolak dari rumah Papameow jam 7 pagi dan sampai ke kuantan jam 11 pagi. Aku lepak rumah atok tunang aku sambil sembang-sembang dengan bakal abah mertua aku sambil menikmati setengah pinggan nasi goreng yang lazat, sayang aku dah kenyang makan nasi lemak di Temerloh.

Setelah selesai makan dan bincang-bincang apa yang patut, aku dan family tunang aku pon bergerak menuju ke kompleks teruntum untuk menempah baju dan hiasan dewan di hari perkahwinan nanti. Alhamdulillah selesai beberapa perkara hari ini.

Hari Jumaat kelmarin adalah hari yang trouble buat aku kerana pada hari tersebuat sepatutnya aku perlu membuat beberapa panggilan penting tetapi gagal akibat daripada masalah yang berpunca daripada henpon aku yang rosak, ditambah pula dengan jem yang maha dasyat akibat daripada sekatan lalu lintas, bayang kan aku keluar daripada kerja 6.30 ptg dan sampai ke rumah 8.30 mlm. Yang menjadikan ia satu masalah bagi aku adalah kerana aku sepatotnya naik bas ke kuantan pada malamnya tetapi GAGAL berbuat demikian.

Esok aku akan bergerak balik ke Kuala Lumpur selepas majlis pertunangan selesai, dan aku akan cuba untuk singgah Ulu Jempol. Rindu dengan satu-satunya ibu yang aku ada sekarang. Aku janji akan cuba membahagiakan dia selagi aku bernyawa.


Thursday, June 16, 2011

Trivia: Gerhana Bulan

SubhanAllah
Pagi tadi berlakunya gerhana bulan buat kali pertama dan bakal berlaku lagi pada bulan Desember nanti. Pada tahun ini dijangka berlaku 4 gerhana matahari dan 2 gerhana bulan. Fenomena 6 gerhana dalam setahun ini hanya berlaku 6 kali dalam seabad. Bagi abad ke 21 ini, hanya akan berlaku pada tahun 2011, 2029, 2047, 2065, 2076, dan 2094.

Aku juga berminat dengan ilmu-ilmu falak ni, dulu time kecil-kecil ade la angan-angan nak jadi angkasawan, tapi memang mustahil lah kan? kemudian berangan nak jadi pakar ilmu falak, tapi buat masa ini yang realitinya adalah, cukup bagi aku sekadar mengambil tahu dan mengambil iktibar di sebalik kejadian alam ini.

Yang dapat disimpulkan daripada sebalik kejadian gerhana ini, Allah menunjukkan pada kita bahawa kekuasaanya dalam mengatur alam semesta diluar kebiasaan, untuk membuktikan bahawa betapa besarnya kuasa Allah dan betapa lemahnya kita semua sebagai hamba. Namun manusia moden yang di zaman mutahkir ini lebih menilai kejadian dan kejaiban alam itu sekadar fenomena biasa menurut kacamata angkuh dan kemajuan teknologi yang tidak seberapa.