ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang...

Thursday, July 14, 2011

Musim Durian Kembali

Sekarang kat rumah papa dah start musim durian, mungkin sebab tuh dia kurang masa untuk update blog, buah baru start luruh dan tak berapa banyak, so kena lah alert sebab takut dapat kat ba alif ba ya dulu. Malam tadi aku berpeluang melantak durian sebelum tido (baik punya diet) dan teman aku makan bersama adalah anak arwah Mak Hawa, namanya Epi. Dia punya sukakan durian amat jelas terpancar dan tiada selindung langsung. Sebelum makan dengan aku tuh, dia dah teman papa makan seround, sampai tahap berebut dengan dia.


"I choose Durian rather than Blackwo0d"


Yang tak tahan nya dia pandai memilih durian mana yang dia rasa sedap, kalau yang jenis pahit-pahit dan gas terlebih tu dia xberapa berkenan, tapi kalau yang isi lembik lemak-lemak, habis dia jilat.


"Wahh.. isi durian nih macam kucing tidur la.."


MOTIF: 
Jangan memilih makanan, bersyukur dengan apa yang ada.




2 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

wah teringat si putih, kucing saya masa kecik2 dulu suka makan durian.

thalhahaziz said...

Mula-mula pelik juga, ingat dia main2 jer atau lapar sangat, rupa-rupanya dia memang minat.. tadi ada nampak kawan share gambar kucing dia mkn durian kat fb, tu yang teruja nk share juga.