ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang...

Sunday, July 10, 2011

Di tengah malam.

Malam ini aku berada di Kuantan sempena majlis pertunangan anak saudara aku yang sebaya dengan aku. Orang lain tengah sibuk-sibuk buat hantaran dan masak kat dapur, aku duk ngadap internet, tetapi setelah sekian lama aku melayari internet baru aku sedar yang aku ada blog, nak update la sikit.

Siang tadi aku bertolak dari rumah Papameow jam 7 pagi dan sampai ke kuantan jam 11 pagi. Aku lepak rumah atok tunang aku sambil sembang-sembang dengan bakal abah mertua aku sambil menikmati setengah pinggan nasi goreng yang lazat, sayang aku dah kenyang makan nasi lemak di Temerloh.

Setelah selesai makan dan bincang-bincang apa yang patut, aku dan family tunang aku pon bergerak menuju ke kompleks teruntum untuk menempah baju dan hiasan dewan di hari perkahwinan nanti. Alhamdulillah selesai beberapa perkara hari ini.

Hari Jumaat kelmarin adalah hari yang trouble buat aku kerana pada hari tersebuat sepatutnya aku perlu membuat beberapa panggilan penting tetapi gagal akibat daripada masalah yang berpunca daripada henpon aku yang rosak, ditambah pula dengan jem yang maha dasyat akibat daripada sekatan lalu lintas, bayang kan aku keluar daripada kerja 6.30 ptg dan sampai ke rumah 8.30 mlm. Yang menjadikan ia satu masalah bagi aku adalah kerana aku sepatotnya naik bas ke kuantan pada malamnya tetapi GAGAL berbuat demikian.

Esok aku akan bergerak balik ke Kuala Lumpur selepas majlis pertunangan selesai, dan aku akan cuba untuk singgah Ulu Jempol. Rindu dengan satu-satunya ibu yang aku ada sekarang. Aku janji akan cuba membahagiakan dia selagi aku bernyawa.


4 comments:

meowwmania said...

didoakan smoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan untuk kamu, amin...

m4rilyn said...

semogasegalanya dipermudahkan..insyallah

GtHans said...

Aminn..(aminkan doa teman² di atas)

Chika said...

Alhamdulillah... semoga segala urusan dipermudahkan oleh Nya. Insya-allah... Amin....