ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang...

Thursday, June 16, 2011

Trivia: Gerhana Bulan

SubhanAllah
Pagi tadi berlakunya gerhana bulan buat kali pertama dan bakal berlaku lagi pada bulan Desember nanti. Pada tahun ini dijangka berlaku 4 gerhana matahari dan 2 gerhana bulan. Fenomena 6 gerhana dalam setahun ini hanya berlaku 6 kali dalam seabad. Bagi abad ke 21 ini, hanya akan berlaku pada tahun 2011, 2029, 2047, 2065, 2076, dan 2094.

Aku juga berminat dengan ilmu-ilmu falak ni, dulu time kecil-kecil ade la angan-angan nak jadi angkasawan, tapi memang mustahil lah kan? kemudian berangan nak jadi pakar ilmu falak, tapi buat masa ini yang realitinya adalah, cukup bagi aku sekadar mengambil tahu dan mengambil iktibar di sebalik kejadian alam ini.

Yang dapat disimpulkan daripada sebalik kejadian gerhana ini, Allah menunjukkan pada kita bahawa kekuasaanya dalam mengatur alam semesta diluar kebiasaan, untuk membuktikan bahawa betapa besarnya kuasa Allah dan betapa lemahnya kita semua sebagai hamba. Namun manusia moden yang di zaman mutahkir ini lebih menilai kejadian dan kejaiban alam itu sekadar fenomena biasa menurut kacamata angkuh dan kemajuan teknologi yang tidak seberapa.



5 comments:

m4rilyn said...

subhanallah.

semalam pagi dok follow kat MHI pasal gerhana.

Rosmawati Yusof said...

SubhanAllah....

Shaz Alina said...

Subhanallah...
x tahu lak ade gerhana bln pg td... hu~ patut la cuaca nmpk mendung kejap..

meowwmania said...

subhanallah...

Allah maha berkuasa atas segalanya

Chika said...

Subhanallah... dh lama br tau ada eclips... huhuhuh