ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang...

Tuesday, March 15, 2011

Geng ALAT ke Melaka

Ahad lepas kami ke Melaka. Pasal cerita aktiviti di sana rasanya dah sangat lambat untuk diceritakan di sini sebab geng-geng ALAT macam Bella, Papame0w dan Anisquidward yang join semua dah cerita siap ade yang buat sequel lagi.

Buat masa ini aku memng kagum dengan Melaka dalam hal-hal haiwan terbiar terutamanya kucing sebab banyak inisiatif yang dilakukan mendahului negeri-negeri lain. Contohnya seperti yang dilaporkan di dalam Malaysiakini hari ini tentang Melaka perkenal kaedah baru bagi menangkap kucing terbiar dan kucing yang ditangkap akan dijaga di Bukit Jelutong (Tedi, di Melaka p0n ada Bukit Jelutong kerr)

Mungkin idea ini kedengaran agak clise dan ala-ala ayat format karang SPM namun kita patut menyokong usaha ini kerana insyaAllah pihak kerajaan negeri Melaka Maju 2010 akan lebih memberi perhatian apabila mengetahui terdapat golongan pencinta haiwan yang sanggup menyumbang sedikit masa, harta dan tenaga.

Cuma yang melemahkan pihak berkuasa yang menjaga pusat jagaan adalah apabila adanya segelintir ummat manusia yang mengambil kesempatan menjadikan pusat kurungan sebagai tempat melupuskan haiwan peliharaan mereka sendiri yang pernah mereka sayang suatu ketika dahulu. Kebiasaannya mereka melupuskan haiwan peliharaan mereka setelah ia tidak secantik dahulu, sedangkan punca utamanya adalah kurangnya ilmu kamu sebagai tuan dalam hal-hal memelihara haiwan. Internet kan ada? susah sangatkah nak mencari informasi?

14 comments:

myQza said...

ada... tapi itu kawasan tanah perkuburan cina.. apakah?

sunyi sepi said...

bila muka sudah tidak cantik...bulu sudah mula luruh...kurap melekat sana sini....buang adalah kaedah terbaik...anggapan : kucing mash boleh hidup berdikari diluar
mitos: nanti bejangkit dengan yg lain....mcm ubat tkde je ye....
but kredit utk adik yg bantu abgnye jaga PJK jasin tu...sgt memberi kerjasama

nEuR0 shEwAzni said...
This comment has been removed by the author.
nEuR0 shEwAzni said...
This comment has been removed by the author.
nEuR0 shEwAzni said...

nak komenn . first ke ni ? hik3

setuju ngan last paragraph tuh . ape yang susahnye nak pet comel ? mandikan , syampu , sikat , lawa lah . nampak sangat ko (tuan kucing tuh) pemalas tahap gampang ! ciss

dan dan sangat setuju dengan perenggan mrT , orang macam tu wawa nampak macam ... urgh tak ikhlas nak berPet . puihh . malu kaum tol .

nEuR0 shEwAzni said...
This comment has been removed by the author.
anis said...

1st skali nk ckap, ejaan anisquidward salah...ward ea, bkn word...hehe

2nd: ade jiran anis, org bela kuceng dia pon nak, tp kuceng2 dia kurus kering...yg sakit dibiar je sakit...slalu wktu kuceng anis mkn, kuceng2 dia dtg menumpang...kesian...ade bape ekor, dh x nak blik trus dh umah tuan dia...dh rasmi jadi kuceng anis...gemok plak...

moral of da story, klu nk bela kuceng, betanggungjawab la sket...ngehehe...(pjg la plak)

meowwmania said...

betul tu...kalau dah bela tu kalau boleh biarlah sampai habis hayat si comel tu kan

Chika said...

betul tu.. nak bela kenalah bertanggungjawab.

GtHans said...

setuju..betul3..

HUD AIKARA said...

bg saya kan org yg buang binatang peliharaan selepas tak cantik lagi adalah kerana mereka tidak menganggap haiwan itu ahli keluarga tetapi semata2 haiwan untuk suka2.kalaulah mereka renung mata haiwan tu...mereka akan tahu betapa sayangnya haiwan tu pada tuannya...iks sedih..sedih..(dah mulalah aku ni emo..hehehe)

¤(`×[¤MyA¤]×´)¤ said...

salam Encik T,
cakap kat dorang kalau tak mau bela lagi, bagi sini kat mya. sanggup jagekan mereka..kurang hajar betul la dorang ni..takyah jadi org la!

ELYA SUZANA said...

mereka yg menganggap haiwan semata2 haiwan, bila suka... bela, bila xsuka... buang, adalah org yg mempunyai IQ rendah...xda tanggungjwb langsung...lepas tgn.agaknya mcm gitulah kehidupan die org kan.
ermmm bagus la N. melaka nie kan..ada inisiatif tuk kucing2 nie..sy sokong sgt2... bila la negeri lain akan turut serta yea... nk tunggu melaka dpt award PUSAT JAGAAN HAIWAN TERBIAR kot br negeri lain nk follow... En T, sy minta izin share di fb sy...tq

ELYA SUZANA said...

pendapat sy ttg org yg nk melupuskn haiwan dieorg kt tempat jagaan nie, 1st kita bt undang2 br....saper yg buang haiwan2, kena kn saman/penjara kaw2 nyer. 2nd psg camera ( dpt je detect saper yg buang, iklankn kt media massa, kita pon leh join sebarkan muka org yg buang tu kt fb gan blog)mesti die malunyer 3rd letakkn securiti yg menjaga kawasan tu supaya xtvt membuang haiwan dpt di pantau...bleh la kita kurangkan xtvt buang membuang nie kan. idea jer tu...kalau betul2 best kan, br la adil bt si bulus2 sekalian. doa kan yg terbaik bt haiwan2 terbiar di luar sana