ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang...

Saturday, November 6, 2010

Den Poie Balik Rombau

Selamat bersua kembali...

Semalam aku ikut papame0w blk kg, bukan pulang untuk beraya tau, kami tak sambut depavali tetapi sebab ada kematian. Papa baru sahaja kehilangan neneknya yang tercinta sebelah ibu. Aku sanggup ambil EL pada hari tersebut walaupun aku hanya berpeluang berjumpa dengan nya dua kali. Al-Fatihah...
Rembau, Daerah berADAT.

Kami tiba di Kg Johol pada pukul 12 tgh hari, alhamdulillah sempat sebelum solat jenazah walaupun kami bergerak perlahan dek kerana sedikit masalah pada kereta.

Untung anak cucu ramai, boleh bergilir tolong usung sampai
ke kubur sambil sedekah kan Al-Fatihah,
zaman sekarang dah susah nak tengok orang usung,
semua harap kan van jenazah jer..

Petangnya lepas selesai urusan pengkebumian tokwan,
kami ke Tampin mencari bengkel kereta.

Rupa-rupanya masalah tayar, so kena lah jumpa b0moh tayar..

Kolam ikan depan rumah tokwan.. cantik kan?

Inilah rumah tokwan dari arah depan, bukit mengHIJAU di belakang rumah,
no w0nder lah cucunya juga duduk di kaki bukit..

Aku pasti ramai yg suka kan suasana kg, jarang kita dengar orang tak terasa tenang, aman, damai dan permai di kg melainkan orang tersebut belum tahu serabutnya di bandar atau dia mmg ada masalah dgn fitrah alam..

Secara peribadi, pengalaman tiga kali berkunjung dan bermesra dengan masyarakat kg di Negeri 9 merubah persepsi aku sebelum ini yang lebih banyak mendengar tentang perkara negetif (bukan sbb klntan vs N9 tau), ternyata mereka sangat mesra tetamu walaupun tidak pernah kenal dan mereka juga tiada beza dengan masyarakat di negeri lain yang aku kenal, bezanya hanya dialek bahasa tetapi tidak lah susah sangat nak faham bahasa N9 nih..

Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat..(**,)


5 comments:

umi_e said...

Al-fatihah buat tokwan... semoga rohnya dicucuri rahmat...

* Kak e pun baru kehilangan wan - kampung kak e kek tolok komamg, potdeksen :p

Chika said...

Al Fatihah, Takziah buat Papameow n keluarga..

Sy pernah duduk kg member kt pilah. ade kolam ikan gak. dan ahli keluarganya yang ramai bersungguh2 melayan saya. Seronok sgt. Org negeri memang baik2... (puji ikhlas tau). ;)

Mie88 said...

Al Fatihah ... takziah kepada PM dan keluarga atas pemergian nenda tercinta, semoga rohnya di cucuri rahmat

m4rilyn said...

Alfatihah buat tok wan dan seluruh ummat yang telah pergi menemui-Nya dan takziah buat papameow dan keluarga

nogori sombilan....masyarakat yo bobudi jugo baik.

bukan bodek yo tp pongalaman dongan ahli koluargo

meowwmania said...

takziah utk Papa meow

al-fatihah...