ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang...

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ta'aruf

Kenalkan diriku...


Nama diberi Abu Thalhah bin Abdul Aziz, selesa di panggil dgn nama thalhah. Sebelum ni ade yg panggil aku abu, ta'ah dan at0q. Tapi buat masa ni aku lebih bgga org panggil dgn nama yg ibu dan ayah aku bagi, unik ape name THALHAH tuh.. Setiap kali org tanya name aku, mesti kena ulang at least dua kali baru dorg dpt sebut nama aku dgn betul.. Sbb tu lah sblm ni aku tak kisah org nk panggil aku dgn name ape as long as dorg selesa.. Baru-baru ni aku di jemput utk membaca doa utk satu seminar kat tempat kerja aku, ade ke patut pegerusi majlis tuh jemput aku dgn nama 'abdul fatah'? tp aku tak kesah pon.. layan kan ajer..

Aku dilahirkan di Pahang, tetapi kalau org tanya.. aku selalu mengaku asal kelantan, negeri arwah mak aku.. sbb nya aku agak kurang reti nk speaking penang mcm ayah aku, sikit2 tu b0leh la..

Belajar? tak de la pandai sgt, biasa2 jer.. Kerja? p0n biasa2 jer.. cukup sekadar melepaskan diri dari bergantung dgn org lain dan cukup juga untuk aku berkongsi rezeki yg aku dpat nie dgn mereka yang memerlukan, itu yg buat aku rase puas.

Sebenarnya dah lama aku nk ber'bl0g' nih, dari tahun 2008 lg.. tp disebabkan penyakit suka menangguh, baru hari ni aku berjaya lawan penyakit tuh.. ni p0n sbb dipaksa rela dan tunjuk ajar oleh sifu aku 'papameow'.

Hari ni 8 Ramadhan 1431H bersamaan 18 Ogos 2010, aku berAzam nk buat 100 posting dalam setahun, bermakna aku kena post lebih 8 entri dlm sebulan atau dua entri dlm seminggu. Bunyi mcm senang jer tp dengan penyakit yang aku ada kita tgk berjaya atau tidak yer..

Seandainya aku ada melakukan sebarang kesilapan jua kesalahan samada kecil ataupun besar di dalam posting2 aku nanti, nisbahkan lah ianya terus kepadaku. Oleh kerana ilmu Islam itu berjalan di atas landasan yang adil, maka perbetulkanlah kesilapan yang aku lakukan, tetapi haruslah aku ditegur dengan penuh amanah dan adil iaitu berpaksikan sumber yang tepat. Jangan sekali-kali cuba menegur dengan reaksi emosi gila yang kosong daripada sebarang faedah dan manfaat bersama.

Dengan berkat Ramadhan al-mubarak tahun 1431H ni aku aku melancarkan bl0g ini dgn lafaz Bismillahirahmanirrahim..


8 comments:

dzuraini said...

welcome to the club..salam perkenalan :-D

umi_e said...

Selamat berblogging ya T!

* Kak e memang lemau! Sebulan sekali pun nasib dapat buat n3(itupun kalau Mahzuz rajin nak tolong updatekan hehehehhe)

Chika said...

T untuk Tahniah
T juga untuk Thalhah
Tahniah Thalhah... welcome to the club
(cheerleader mood)

thalhahaziz said...

kak dzu: salam sahabat..

kak e: terima kasih, nnt kite f0llow yer..

Chika: tgh imagine kamu as a cheerleader.. wah, trus rase bersemangat..

meowwmania said...

selamat kembali berblogging

malaysia boleh! anda boleh!

chaiyok2 :D

Nurul Ashikin said...

alhamdulillah...baguih2! keep it up!
k.shikin ni...hehe..

thalhahaziz said...

kak lynn: Ya, Mlaysia Boleh! Kita Boleh!

Hikari: cedap nama tuh, tq kak.. xsangka akak antara mereka yg awal sampai ke sini..

LURZAN TAZA LIMAJ said...

salam perkenalan ;-D