Hari ni free sebab memang tak ada kelas, jadi lepak bilik jer la.. kononnya nak study untuk paper esok tapi... jap2 lagi lah, tengah rajin nak update blog nih, 1st post utk2012 dan last day untuk Januari 2012. Ini pun guna laptop roomate yang baik hati bagi pinjam laptop dia (padahal aku yang mintak) sebab dia ada lab dan tak guna laptop. Yang bestnya bila datang sini buat aku semangat balik nak belajar, bayangkan lah kondisi aku yang langsung tak pernah pergi kelas di pusat wilayah KL, tup tup mari sini dah nak exam. Tapi bila jumpa kawa-kawan di sini rata-rata sama macam aku jugak, nyais aku nak 'extend' tahun ni gara-gara tidak bersedia dan terdapat beberapa perkara lain yang harus diselesaikan serentak. Alhamdulillah nampaknya semua masalah akan dapat diselesaikan dengan baik.
Terima kasih kepada abg lie sekeluarga, kak ani sekeluarga dan syikin kerana menyumbang keringat dalam proses memindahkan barang tempoh hari. Tidak dilupakan juga, terima kasih kepada Papameow kerana sudi membantu foster kan Nik dan Adik Joe, moga Allah membalas jasa baik Papa. Kepada rakan-rakan animal lover, saya rindu untuk beraktiviti bersama kalian lagi, nanti kita plan lagi yer, aktiviti sehat punya, dah banyak aktiviti makan. Mungkin Cik Marie nak panjat Bukit Tabur lagi sambil merangkak? Atau kakak nak join panjat sambil berbaju kurung?
Hard work pays off in the future, laziness pays off now |