ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang...

Monday, July 18, 2011

Bebek Hilang

Hari Sabtu lepas, aku lepaskan Bebek waktu pagi, tapi aku tak tambat sebab tak tahu pulak yang papa biasa tambat dia sekarang nih dan biarkan Bibik lepas bebas. Petangnya pukul 7 lebih macam tuh, papa call aku , time tuh aku kat luar, papa tanya kat mana tambat Bebek, aku cakap mane ade tambat, lepas jerlah macam biasa. Aku pun bergegas balik, sampai rumah dah dekat jam 9. Kami pon cari lah tapi langsung tak dapat nak dikesan, Bebek tuh dah la hitam manis. Biasa dia akan mengenbek kalau papa panggil dia, tapi malam tuh langsung tak dengar suara, so kami pon tunggu esok jerlah mintak-mintak dia panjang umur.

Esoknya aku naik bukit, kot2 la Bebek sesat ke atas ker kan? Tapi hampa. Petangnya, sedang aku duduk termenung depan pagar menunggu kalau-kalau ade tetamu nak datang bawa roti butterscotch, ada lah jiran bawah tuh datang tanya, "Ada hilang kambing?" dengan yakin aku cakap "Ya". Rupa-rupanya dia pergi mengorat awek kat kandang Pak Ali. Padahal malam tadi aku dah cari kat kandang tu, tak de plak dia berbunyi, nampak tuh memang tak la sebab dia all black. Aku pon pergi lah nak ambil dia balik.

"Dah teringin nak kena jual agaknya"

"Bebek tak nak balik"

Dia lari masuk dalam kandang balik.

Ooooo.. nak kawen rupanya.

Kesian Bebek, Bibik tak tunaikan tanggungjawab dia sebagai isteri. Bila dah bawa balik, papa belanja Bebek makan pengat durian. Suka dia.


MORAL:
Jangan abaikan tanggungjawab anda.

8 comments:

hud aikara said...

kesiannya bebek..hahaha..tapi nasib baik jumpa balik...nakal betul bebek nih!

m.q said...

notti la Bebek ni.bleh pulak taknak balik...hahahah

Misz Pinkie Winkie said...

hehhe..bebek si hitam manis, si tompok manggis bikin kacau ,
hati gundah gulana.
sib baek jumpa bebek...wisaunya takut kena korban hari raya jerk ;)

::blog anak jawer:: said...

ade pulak mcm tu..comel la bebek ni...hehe

l.u.q said...

hahha..tutuntan mesti ditunaikan..hehhe..nasib bek smue ok~

GtHans said...

ehehe..blanje pengat durian tu..

m4rilyn said...

bebek oh bebek..gelak je baca entry nie

meowwmania said...

mujur jumpa balik..

cian bebek nak carik awek :D