ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang...

Saturday, November 6, 2010

Aktiviti Sempena Depavali

Macam kurang percaya aku mampu update blog lagi malam nih. Untuk entri kali ni aku hanya nak kongsi aktiviti aku dan rakan-rakan sempena cuti Depavali. Pada hari raya pertama kami pergi terjah Hutan FRIM, ni mmg plan jimat duit sambil sehat kan badan. Rancangan asal nak tawan Broga tetapi batal di saat akhir tambahan pula dgn keadaan cuaca yg tidak menentu. Bagus jugak redah Hutan FRIM ni kebetulan aku pon belum pernah sampai lagi. Tempat nya pon tak jauh, hanya 15 minit perjalanan dari rumah.

FRIM mula dibuka sejak tahun 1929 lagi dan terletak di kawasan seluas 485 hektar persegi di dalam Hutan Simpan Lagong, Kepong.
Aksi sebelum memulakan XPDC berlatar belakangkan rumpun buluh gergasi,
kami start dengan Denai Keruing (1.5 km)

Kemudian melalui Denai Salleh (1.5 km)

Gambar ini diambil ketika kami melalui Trek Rover (3 km),
fenomena ini dikenali sebagai "Crown Shyness".

Sesi terjah kami kurang lengkap kerana hanya mampu melihat jambatan gantung dari bawah dek kerana salah hari menerjah, kepada kawan-kawan yg plan nak pergi, jangan pilih hari Jumaat dan Isnin kerana hari tersebut jambatan gantung di TUTUP untuk maintenance..

Muka tetap ceria walaupon dalam hati hampa tak dapat naik "Canopy Walk", nanti kite tebus balik yer time Raya Cina pulak..

Di sini juga boleh berkelah sambil bermandi manda di Sungai Kroh, airnya bersih tetapi kurang banyak..

Inilah muka-muka KREW Terjah ke Hutan FRIM, mmg sempoi.. Kepada mereka yang tak pergi, anda HARUS jeles dgn kami..

Pada hari raya kedua, aku berhempas pulas pulak dgn mesin rumput di sekitar kebun. Aktiviti yang sgt sehat sebab pikul mesin dah satu hal, nak kena daki bukit pulak satu hal lagi.. pendek kata baju yang dipakai memang lencun lah jawabnya.
Sekali lupa nak tight-in baju daa...

Sila cari di manakah saya? paparazzi manelah yg ambil gambar aku nih, papame0w kot..

Saya sangat suka bakar sampah, sangat nostalgic macam time kecik2 main api kat kampung..

Akhir sekali, untuk raya ketiga aktiviti aku pasti bermula dengan rutin biasa pergi ke pasar di pagi hari. Walaupun dah jadi rutin, aku tetap excited nak bangun pagi untuk ke pasar kerana sangat suka akan fenomena di sana.. Alamak, baru aku perasan.. hari nih sehari suntuk aku tak jumpa Bulat..

14 comments:

Chika said...

Sonoknye g FRIM... Cik Umi pun ade...

thalhahaziz said...

n0t bad lah chika, cukup lah sekadar nk stimulate kelenjar peluh.. bila kita nak berXTVT bersama plak.... any idea? Kuala Gandah?

LURZAN TAZA LIMAJ said...

nak ikoootttt !!!! ;-D

myQza said...

eh! cantiklah watermark!!

m4rilyn said...

pengalaman best kat atas jambatan gantung..dapat lihat panorama yang sangat cantik

sunyi sepi said...

huhuhuuh..bestnye FRIM....redup jer...MUJUR TK HUJAN....!!

meowwmania said...

owh dua2 aktiviti yg menyehatkan badan, gud gud... :)

Rosmawati Yusof said...

Suker cite berlatar belakangkan alam. Keep on writting, yer Mr. T. Akak jadi follwer you, bolih..?

thalhahaziz said...

Nazrul: j0m ler, team kami nih jenis plan jangka pendek jer sbb plan lame2 slalu cancel..

Tedi: terima kasih, buar sendiri tuh..

ME: kami jadi lebai malang sbb xdapat naik can0py walk tuh, xpe nnt kite pg merangkak ala ju-0nn same2 atas tuh..

SS: plan kite undergr0und jer tau, insyaAllah bulan Dec..

Kak lynn: Animal Lover mmg aut0matik akan cinta kan alam sekitar, yer x?

Kak Ros: silalah akak, masih belajar lagi.. Nanti sy follow akak pulak..

GtHans said...

sebut pasal FRIM..teringat susah payah nak gi sana..7hb 8 2010..gi lawatan tadika..janji bas ambik pkl 7.30pg..dtgnya 9.30pg..dlm perjalanan bas eksiden..tidak laa teruk mana..tapi ader laa 2 3 org budak termasuk bwh kusi bas..Alhamdulillah takder yg cedera..tunggu bas lain..dekat pkl 12 baru sampai..sudahnya tak dapat masuk MUZIUM FRIM..sbb dah tutup..masuk utan ajer..hepi jgk laa bebudak tu sbb bkn slalu masuk utan pun..jakun pun iyer..hik2 :))

m4rilyn said...

mister T: insyallah boleh.

thalhahaziz said...

Cikgu: Rep0rt diterima.. hehehee..

ME: Sye ade plan terjah baru, nnt kite meeting sambil dating..

GtHans said...

nak kena libas Thalhah ni..ahaha :P~

bylindakitchen said...

wahh..seronoknya tengok.
happening semuanya.. :)